Wednesday 5 September 2012

Menarik Minat Pelajar Belajar Matematik

Mengajar Subjek Matematik merupakan satu tugas yang amat berat yang perlu dipikul oleh seorang insan bergelar guru. Perkara yang sama berlaku kepada pelajar yang belajar subjek ini di sekolah. Ada dalam kalangan palajar yang mengangap Matematik sebagai salah satu mata pelajaran yang amat membebankan dan ianya salah satu subjek yang diangap pembunuh.
Sebagai seorang pendidik, saya sedar bahawa murid-murid umpama sehelai kain putih. Oleh yang demikian, corak awal pada kain putih tersebut akan menentukan corak ataupun motif yang akan bakal terhasil apabila kain putih ini tadi ingin dipasarkan.
Tugas seorang guru Matematik sekolah rendah di Malaysia adalah untuk membantu murid-murid menguasai empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.  Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan antara objektif mata pelajaran ini diajarkan di sekolah rendah adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas yang melibatkan empat operasi asas iaitu tambah, tolak darab dan bahagi perkara ini jelas sepertimana yang terkandung dalam Kurikulum Matematik Sekolah Rendah (Kementerian Pelajaran Malaysia). 
Walaubagaimanapun, persoalan yang lebih besar yang ingin saya timbulkan adalah bagaimana untuk mengubah persepsi kanak-kanak (golongan pelajar) untuk lebih menyukai matapelajaran ini. Oleh itu, ia membawa persoalan kepada saya, mengapa pelajar seakan tidak suka akan subjek ini?? adakah kerana cara pengajaran guru yang membosankan ataupun mereka sememangnya mengangap Matematik tidak berguna lansung dalam kehidupan seharian.
Jika di fokuskan kepada kemungkinan pertama, iaitu cara pengajaran guru-guru matematik di sekolah yang amat membosankan, perkara ini dapat diatasi dengan melengkapkan ilmu serta teknik pengajaran guru-guru di sekolah... Oleh itu.. blog ini akan cuba membantu guru-guru matematik untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.. InsyaAllah setiap yang baik akan mendapat keredhan Allah.. Amin ....

2 comments:

  1. Pendahuluan ar je pon... copy and paste !

    ReplyDelete
  2. menarik ni..boleh dibuat rujukan untuk peringkat master...hahha..gurau je boh!!

    ReplyDelete