Monday 10 September 2012

Cara Muda Kuasai Sifir II

Disini Cikgu ingin berkongsi cara menguasai sifir dengan cara yang lebih mudah..Cara ini dikenali sebagai "Number Wheel"... ( sila berikan perhatian anak-anak didikku)....


Langkah 1 :
Sediakan roda nombor dari 1 hingga 10.
Bukan hingga 10 ye.. 9 da cukup... cuma pastikan anda bermula dengan nombor 0.


Sekarang kita akan berlajar menggunakan kaedah ini untuk sifir darab 8......


Langkah 2 :
Buat garisan dari angka 0 kepada 8 iaitu selang satu nombor. Di sisi kirinya, ditulis  1 X 8.
 
Langkah 3 :
Dari angka 8, buat satu garisan selang satu nombor iaitu nombor 6.  Di sisi kirinya ditulis 2 X 8 = 16. Nombor 1 di hadapan 6 ditambah kerana 6 lebih kecil daripada hasil darab yang pertama .


 
Langkah 4 :
Dari angka 6, buat satu garisan selang satu nombor iaitu nombor 4.  Di sisi kirinya ditulis 3 X 8 = 24 . Nombor 1 di hadapan 6 ditukar menjadi 2 kerana 4 lebih kecil daripada hasil darab yang sebelumnya.

 
Langkah 5 :
Dari angka 4, buat satu garisan selang satu nombor iaitu nombor 2.  Di sisi kirinya ditulis 4 X 8 = 32. Nombor 2 di hadapan 4 ditukarkan kerana 2 lebih kecil daripada hasil darab yang sebelumnya.
Langkah 6 : 
Dari angka 2, buat satu garisan selang satu nombor iaitu nombor 0.  Di sisi kirinya ditulis 5 X 8 = 40. Nombor 3 di hadapan 2 ditukar menjadi 4 kerana 0 lebih kecil daripada hasil darab yang sebelumnya.




Dariapad langkah satu sehingga langkah enam.... siapa dapat bantu cikgu membuat rumusan berkenaan langkah-langkah untuk menggunakan kaedah ini?????.... (siapa dapat menerangkan dengan betul akan mendapat hadiah sagu hati)..... =)









No comments:

Post a Comment