Jangan tension-tension........ guna pemadam je bila perkara seperti ini berlaku... =)
Aku Seorang Guru
Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
Monday, 10 September 2012
Rehatkan Minda....
Masing-masing kita mempunyai pendapat yang berbeza, jadi jangan takut anak-anak didikku.. jadilah diri anda yang sebenar.. cari potensi diri kamu dan cuba kembangkan.... (potensi positif je).... Cukuplah anda tidak dapat membahagiakan kedua ibu bapa anda.. tetapi cuba bahagiakan diri anda dengan menjadi diri anda yang sebenarnya.!!!!
Mari Berhibur Sekejap.. Ini lagu bongkah..
Kepada murid-murid cikgu yang bakal menjawab soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Esok.. Lagu ini untuk menguatkan daya ingatan kalian berkaitan tajuk pepejal.... =)...
Cara Muda Kuasai Sifir II
Disini Cikgu ingin berkongsi cara menguasai sifir dengan cara yang lebih mudah..Cara ini dikenali sebagai "Number Wheel"... ( sila berikan perhatian anak-anak didikku)....
Langkah 1 :
Sediakan roda nombor
dari 1 hingga 10.
Bukan hingga 10 ye.. 9 da cukup... cuma pastikan anda bermula dengan nombor 0.
Sekarang kita akan berlajar menggunakan kaedah ini untuk sifir darab 8......
Langkah
2 :
Buat garisan
dari angka 0 kepada 8 iaitu selang satu nombor. Di sisi kirinya, ditulis 1 X 8.
Langkah
3 :
Dari angka 8, buat satu
garisan selang satu nombor iaitu nombor 6.
Di sisi kirinya ditulis 2 X 8 = 16. Nombor 1 di hadapan 6
ditambah kerana 6 lebih kecil daripada hasil darab yang pertama .
Langkah
4 :
Dari angka 6, buat satu
garisan selang satu nombor iaitu nombor 4.
Di sisi kirinya ditulis 3 X 8 = 24 . Nombor 1 di hadapan 6
ditukar menjadi 2 kerana 4 lebih kecil daripada hasil darab yang sebelumnya.
Langkah
5 :
Dari angka 4, buat satu
garisan selang satu nombor iaitu nombor 2.
Di sisi kirinya ditulis 4 X 8 = 32. Nombor 2 di hadapan 4
ditukarkan kerana 2 lebih kecil daripada hasil darab yang sebelumnya.
Langkah
6 :
Dari
angka 2, buat satu garisan selang satu nombor iaitu nombor 0. Di sisi kirinya ditulis 5 X 8 = 40. Nombor 3 di hadapan 2
ditukar menjadi 4 kerana 0 lebih kecil daripada hasil darab yang sebelumnya.
Dariapad langkah satu sehingga langkah enam.... siapa dapat bantu cikgu membuat rumusan berkenaan langkah-langkah untuk menggunakan kaedah ini?????.... (siapa dapat menerangkan dengan betul akan mendapat hadiah sagu hati)..... =)
Subscribe to:
Posts (Atom)